Thursday, December 31, 2015

2: Selamat tinggal 2015

Hari ini hari terakhir untuk 2015.. Sekejap je rasa..  Tahun ini tahun agak mencabar bagi aku.  Baik dari sisi seorang isteri, anak, ibu, menantu, ipar dan sebagainya.  Mujur lah Allah kurniakan aku secebis tabah dalam diri.  Hanya air mata jika aku sedih..  Juga tawa jika aku gembira.

Tahun ini hadiah paling bermakna apabila Allah kurniakan akan Hana Zulaikha..  Puteri ke dua pada 13.4.15.. Alhamdulillah.. Sihat dan cergas..  Anak ini adalah anak yang solehah insya Allah.

Menjadi ibu kepada dua orang puteri menuntut aku menjadi lebih penyabar.  Lebih lagi mereka masih menyusu badan.. Penat..  Tak cukup tidur dah menjadi rutin.  Namun aku bersyukur kerana Allah masih kurniakan aku semangat yg kuat.. Air susu yg banyak untuk mereka berdua.

Tipu lah kalau aku kata aku terlalu kuat. Tipu sangat.  Namun bila suami ada di sisi, sering ringan tulang membantu..  Membuatkan aku dihargai.  Kadang kala aku ini sering rasa gagal menjadi isteri yang baik kerana lebih menumpukan perhatian lebih kepada anak dari suami. Moga Allah merahmati suami kesayangan aku itu.

Semoga tahun 2016 nanti menjadi kan aku seorang yg lebih gigih, menjadikan aku isteri yang baik.  Ibu yang baik,  dan paling penting hanbaMu yang terbaik.

1: catatan dari hati

Ini adalah blog ke dua.. yang pertama dulu biarlah saya tutup..kerana terlalu banyak menyimpan cerita zaman remaja.. bila dibaca..ah kelakarnya.. gediknya aku boleh update blog macamni.

Ye.. kini aku bergelar umie kepada dua anak. comel. sungguh comel. sebaik ciptaan allah yang menciptakan. Sarah dan Zulaikha. Anak yang lahir dari cinta aku dan suami. Subhanallah.

Menjadi ibu banyak mendidik aku. betul lah... anak itu adalah sebagai ujian.. merekalah matapelajaran yang terbaik untuk seorang yang bergelar ibu dan ayah. mereka lah yang mendidik jiwa menjadi lebuh sabar.. menjadi lebih penyayang,menjadi lebuh sempurna dari sebelumnya. Walau ada kalanya aku sendiri tewas dalam amarahku ini.

Notakaki: kali ni tak nk promote blog. biarlah aku menulis ibarat syok sendiri. moga catatan ini menjadi kenangan yang paling indah untuk dikenang. Aku telah Dewasa.